VIDEO KREATIF
Berikut adalah Tema, Konsep dan 'Keywords' yang boleh digunakan didalam Video anda bagi memenuhi rubrik pemarkahan 30%. Senarai di bawah adalah panduan sahaja, anda boleh memperkembangkan idea anda asalkan ianya selari dengan maksud yang di syorkan.
Video haruslah mengetengahkan produk IKS dengan cara kreatif samada melalui style review/commercial advertisment/story dan sebagainya.
Video haruslah menerapkan sekurang-kurangnya tiga daripada enam konsep dibawah;
1. Belilah Barangan Buatan Tempatan Sabah
2. Sokonglah barangan lokal untuk meningkatkan ekonomi tempatan
3. Konsep patriotisme dan impak sosial : sayangkan negeri sendiri , sokong petani tempatan, usahawan dan pekerja tempatan kita. Pembangunan modal insan yang berterusan.
4. Penerapan konsep Kaamatan didalam video
5. Penerangan megenai perbandingan harga/ kualiti barangan tempatan dengan barangan import/ barangan dari syarikat gergasi dimana mungkin harga sesetengah barangan IKS mungkin lebih tinggi tetapi menerangkan kebaikan menyokong produk tempatan
6. Penerapan potensi dayasaing produk tempatan ini untuk diperkenalkan ke peringkat antarabangsa
Syarat Umum
Penganjur berhak untuk mengubah syarat penganjuran sesuai dengan sebarang perubahan teknikal. Maklumat yang tertera di laman web ini merupakan maklumat terkini dan sahih, dan akan menggantikan sebarang maklumat lain di platform hebahan seperti media sosial FB dan INstagra,